KAMI ADA JUGA BERDATING

Ha ha..

Sambungan. Sebenarnya selain dari citer 3 bulan tu ada part di tengah-tengah yang missing in action. So masukkan kat sini. He he..

Sebenarnya, kami berdua ada juga berdating dalam diam. Hu hu.. actually bukan dating pun. Jumpa makan-makan saja sebenarnya….

Pertama kali kitaorang jumpa pada 21 September 2014. Ceritanya dia baru habis kerja malam. So pagi tu aku call dia tak angkat-angkat. La mana pulak mamat “entah siapa” ni pergi. Call banyak kali tak berangkat. Selalunya bila dia sampai umah dia akan mesej dah sampai. Wah aku dah guling-guling risau apa-apa jadi pada dia. Tiba-tiba dia angkat telefon terus aku tanya “Awak kat mana? Dah sampai rumah ke?” . Dia cakap nanti jemput kat bus stand ye. Hah! Duk nak menipu aku la tu! Kerjaan asyik nak mengenakan aku je.  Alih-alih dia hantar MMS (MMS tau bukan guna whatsapp. giler!) gambar tiket. Aku tengok tarikh hari ni. Jam 10 pagi! OK terus bangun.  Tak jadi guling-guling lagi.

Tepat jam 12 aku gi jemput dia. Dan benda pertama dia cakap kat aku ialah “pakai cantik-cantik ni nak g mana?”. Adeh! aku memang pakai macam gini kalau jalan. Cuma aku pakai boot saja sebab senang nak bergerak. Aku tak ada sandal yang comel2 tu. Yang ada cuma selipar. Dan aku tak rasa proper nak pakai selipar g jumpa dia.

Dan aku bawak dia g Tanjung. Biasalah kat mana lagi kan nak sembang2 kan…  Dan kitaorang berjalan dari hujung ke hujung. Dan rupa-rupanya  mamat “entah siapa” ni banyak bercakap. Mak aih! macam mana kawan-kawan form 6 boleh

Featured image

bagi informasi yang salah ni? Depa kata  mamat “entah siapa” ni pendiam orangnya. hu hu… Orang lain dating g taman bunga bagai. Aku pergi kat tempat senaman. Ko duk bangku sana. Aku duk bangku sini. Marilah bersenam! Adeh… dan kul 4 dia balik naik bas. Ok.. dating 4 jam saja. Dah cukup lama dah tu kot..

Jpeg

Second dating pulak 29 September 2014. Kunjungan balas. Dia bawak aku g Alamanda. Hu hu aku lupa nak cakap aku tak suka shopping kompleks…!  Lepas makan dia bawak pusing2. Aku dah rasa nak pitam dah tengok orang ngan kedai-kedai beg, baju, kasut bagai. Until aku nampak kedai buku! Ok rasa bernafas dengan lapang dada tengok kedai buku! Hu hu.. dan end up aku terbeli buku “Aku bukan isteri sempurna”.. owh.. bila aku tulis entry ni baru aku perasan yang aku belum baca lagi buku tu! Balik ini musti mau baca…!

Kemudian dia bawak duk bawah pokok buluh kat Alamanda tu. Hu hu aku suker! Aku suker! Lama kita orang duk situ. Dan seperti biasa aku duk bersila atas bangku sambil dongak tengok langit. Dan baru aku sedar yang sejak dah tua ni kan… berdating duk tepi batu… duk tepi tembok sembang lama-lama dan tengok orang lalu lalang bukanlah sesuai lagi.  Hu hu.. pinggang sakit, bahu sakit.. segalanya sakit. Indahnya bila dating kat tempat yang boleh baring-baring, duduk di kerusi empuk, masak-masak, buat air, dan boleh mandi. Hu hu… Bila aku cakap macam tu dia cuma balas “Kena kawin la kalau nak dating gitu” … hu hu masa tu rasa kejam je statement dia.  Tak tahu nak klasifikasikan ayat itu sebagai “ajak kawin” atau “sindiran” … Maka kalau kena ulang lagi la saat gini tak mo dah. Tak mo la dating kat shopping kompleks. Dia tak tau aku paling tak suka g tempat-tempat gitu. Yang buat aku bertahan berada di situ ialah food courd dan kedai makanan yang lain. Hu hu… betah kerana ada makanan.. nasi lemak, nasi ayam, nasi kerabu.. ok banyak nak listkan bab makan nih. he he dan kul 4 aku balik. Ha ha….

Dan ada juga selepas itu sekali atau dua kali pertemuan. Pertemuan yang dibuat sebab nak jumpa anak-anak. Jumpa bapak tak pernah jumpa anak payah juga. Manalah tau anak-anak tu nampak muka aku macam mak tiri cinderella dan nanges-nanges tak kasi bapaknya kawin ngan aku. Kan payah juga tu kan… Tapi so far so good la…

Then baru kitaorang proceed untuk jumpa mak ayah itupun bukanlah really2 dengan tujuan untuk menjalin hubungan lebih jauh. Cuma nak kenal-kenal je.

Dan dia pesan, tak yah update kat fb gambar-gambar dia… jangan tunjukkan ada apa-apa hubungan dalam fb. So aku ikutlah. Follow je… tak yah update. Ada sekali terupdate cepat-cepat aku hidekan dari bacaan orang lain. Menghormati permintaan kawan kononnya. He he

So to be continue ye..

SELAMAT PENGANTIN BARU SERINDIT…!

Nak buat entry ni rasa berdebar-debar pula.  Sebab dah lama tak update. Alih-alih ada status baru bagi empunya blog.

Featured image

Ya itu aku. Dan seriusly sampai sekarang masih berdebar dan tak percaya. Kadang-kadang selalu terlupa yang sudah bersuami. Masih lagi dengan sikap ‘lone ranger’.. nak ke mana-mana main pergi je. Dah half way baru teringat. Owh! belum mintak izin.  8 tahun itu lama maka dah sebati dengan acuan lama. Bila ada acuan baru selalu terleka dan masih dengan acuan yang lama.

Ramai kawan-kawan dan saudara mara yang bertanya. Mana kenal? Jumpa kat mana? Dah lama ke kawan?

Okay, segala pertanyaan itu tak susah untuk dijawap. Cuma ekspressi wajah-wajah yang mendengar jawapan itu yang ‘tak terucap dek kata-kata’ si serindit. Ha ha.. bagaimana ye nak diterangkan?  Dulu aku selalu mempertikaikan, bila mendengar cerita kakak-kakak senior semasa bekerja di UiTM Shah Alam. Jumpa suami tiga bulan terus kahwin. What?? Tiga bulan terus kahwin? Tak kenal betul-betul kenapa kahwin? Baru tiga bulan macam mana boleh pasti sangat itu jodoh kita? Itu soalan-soalan berbau pertikaian. Ketika itu masih belum menerima seadanya ayat “Jodoh itu rahsia Allah”… Ketika itu masih dengan pegangan bercinta betul-betul, kenal betul-betul, dah bercinta lama kahwinlah…. Dan itulah yang aku praktikkan pada perkahwinan pertama. Mengorat 10 tahun. Kenal betul-betul luar dalam 10 tahun. Say Yes after 10 tahun. Tapi perkahwinan bertahan suku saja dari tempoh ‘kenal-kenal’ itu. Fuh..! Sengal tak sengallah si serindit ni kan..

Tapi Incik Ram ini macam mana aku nak cakap ek? Selalunya sukar untuk aku suka dan sayang seseorang dalam masa yang singkat.  Ok kenapa suka dan sayang? Sebab aku ada satu ‘pe-el’ di mana aku boleh suka ramai orang. Dan suka bukanlah satu jaminan untuk aku stay kat sebelah until the end. Kena ingat tu. Aku suka ramai tapi aku susah nak sayang. Once aku tak boleh nak sayang maka aku akan say good bye atau pun stay as a friend. Sebab tu kawan aku si Tieny labelkan aku sebagai ‘perempuan ramai pakwe’.. sebab perangai ‘suka’ aku ni. Ha ha.. tapi satu lagi ‘pe-el’ aku.. aku suka tapi aku tak bagi harapan. Kawan saja… kalau aku rasa tak boleh maka tak bolehlah. Kecuali orang yang persistant macam ex aku dulu yang sanggup mengorat aku selama 10 tahun.

Ok. Mulakan cerita ye.

Sebenarnya Incik Ram ni satu sekolah masa Tingkatan 6. Tapi kelas sebelah dan aku tak pernah tahu dia wujud di SMTP dulu. Punyalah aku ni ‘hidup dalam dunia sendiri’ sampai berapa kerat je aku kenal kawan-kawan sekolah aku. Satu hari kawan aku si Sani ni telefon aku kul 12 tengah malam sehari sebelum raya Aidilfitri. Tapi kebiasaan aku pulak, kalau dah lepas waktu cinderella tu jangan harap aku nak keluar. Tapi hari tu entah gila apa, aku boleh cakap “okey, nanti aku keluar. Aku nak mandi jap” dan tanpa dolak dalik aku pi mandi. Walaupun Si Sani tu offer untuk ambil aku kat umah tapi aku tak mau. Aku lagi suka keluar bawak keter veteran aku.  Dan ketika aku bergerak dengan si Veteran tu, aku tengok jam dah 12.15 pagi. Dalam hati aku siap cakap.. apa gila aku keluar pepagi nih nak jumpa kawan. Tak pernah di buat seumur hidup. Tapi entah kenapa kaki aku tak mo tekan pedal brek. Tapi laju je tekan pedal minyak sampai ke bas stesyen muar.  Sampai-sampai aku nampak si Sani dengan orang lelaki yang aku tak kenal. Time tu rasa menyesal gila sebab keluar pepagi dan jumpa ngan orang yang aku tak kenal siapa. Tapi aku gagahkan juga sebab si Sani tu.

Dan Time aku duduk kat meja, soalan pertama yang keluar dari mulut aku pada mamat yang ‘entah siapa’ tu ialah “Aku kenal ko?”… Boleh? dan mamat tu boleh jawap “eh.. muka ko dah lain eh?” Lakkk! mamat sengal ni. Entah kenal ke tidak alih-alih kata muka aku lain.  pastu Sani pun tanya aku “Ko tak kenal ke serindit? Satu form 6 la..” .. time tu aku tengok muka Sani dan jawap dengan kereknya “Aku form 6 dua bulan je la.. mana aku kenal” then aku tengok-tengok hp. Biar depa berbual berdua sambil tengok jam.

Tiba-tiba Sani cakap “korang kenal-kenallah” aku pandang Sani. Diam. Kerut kening. dan aku balas “Ko nak mati, ko nak suruh bini dia parang aku!”  kan ayat sadis aku dah keluar. Tapi Sani cakap “Ala.. tak apalah. Ada sebab kenapa aku suruh korang kenal-kenal” ok.. tak masuk port. Aku diam tengok hp balik. Jeling-jeling mamat “entah siapa” yang duk sebelah aku. Dan ayat yang paling aku tunggu-tunggu pun tiba “Jom balik”. Ha ha rasa macam bunga api meletup-letup di udara dengan warna-warna gemilang.

Then balik rumah sambil jahit manik.. kejap-kejap-kejap letak jarum jahit. Tarik nafas. Tarik nafas lagi.. tarik dan tarik… hati detak-detak teringat. Aish…! apa nih! Tapi ignore.. ignore.. tido nyenyak jangan mimpi apa-apa. Dan Raya Aidilfitri datang tapi duk kat umah je. Tak jalan-jalan ke mana-mana. Mood tak ada. Tapi raya ketiga berjalan ke liang batu. Jumpa kawan. Anak dia tak pernah jumpa sejak lahir akhirnya dapat juga jumpa. He he he

Selang beberapa hari, kawan tu call kata pakcik dia “duda A” nak kenal. Berbelas-belas tahun membujang. Dengan berat hati aku kata ok selepas di pujuk rayu. Dan bermulalah episode berbalas-balas mesej dengan si “Duda A” tapi hati aku mengatakan payahnya nak suka dan sayang. Pelik betul. Apa yang tak ada pada dia. Duit banyak, rupa okay la. Manis dan pada aku pula…. as long tak kena heart attact setiap kali bangun tido. he he.. tapi tak boleh. Susah nak pujuk hati.

Kemudian, ada buat reunion kawan2 SMTP dan jumpa Sani sekali lagi. Sani tanya ada tak si mamat ‘entah siapa’ tu mesej? Aku blur je tengok muka Sani. Aku cakap tak ada. Tak mungkin dia akan bagi mesej kalau tengok karektor dia senyum tak nampak gigi tu kan.. Dan si Sani baik hati bagi aku no hp mamat “entah siapa” tu.

Malam tu aku belek-belek. Nak anta mesej ke tidak. Aku tengok whatsapp. eh eh! Lak.. mamat ni tak ada whatsapp ke? Dan dengan kejamnya aku hantar mesej berbunyi “Agak ko tak ada whatsapp eh?” lepas aku tertekan butang send.. ok tertekan.. paham tak terrrr tu apa.. Tak sengaja. Dan tertekan aku pun hantuk-hantuk-hantuk kepala kat bantal. Kalau kat dinding sakit maka hantuk kat bantal je la. Rasa guilty giler… rasa macam menghina mamat “entah siapa” tu… aku tak sengaja. Bodoh tul aku. pastu aku tengok hp aku sambil mata keli-kelip-kelip dan bersedia gila kalau mamat “entah siapa” tu naik hangen. Tapi senyap. Sunyi. Ok. Anggap dia tak ada kredit. Ok kejam lagi statement tak ada kredit tu tapi kena berbaik sangka kan. kan kan kan…?

Dalam masa yang sama “Duda A” itu mula sejuk beku tahap frozen. Aku lagi terus tepu.  Siap terdelete conversation dan sadisnya nombor telefon tu aku tak save. Bukan delete sebab sengaja.. kena install whatsapp aku semula. Ok aku tahu aku kejam sebab tak save no dia. Tapi entahlah.  Selesa seorang kot aku ni. dan lagi sadis si “Duda A” tu langsung tak mesej. Ok aku anggap dia terdelete no aku juga. Hua hua hua..! Di atas rasa bersalah ittew aku mintak balik nombor telefon si “Duda A’ tu daripada kawan. Dan kawan tu bagi. Tapi aku tak pulak rasa bersalah bila aku biar saja no telefon tu dalam mesej tanpa menyimpannya terus. Mungkin sebab leka agaknya…

Selepas 2 minggu aku hantar mesej penghinaan itu pada mamat “entah siapa” aku rasa guilty setiap kali aku nak lelap mata.  Maka dengan sedihnya aku hantar mesej minta maaf. Dan walau dia tak balas tapi aku anggap maaf aku diterima wa ha ha sebab nak sedapkan hati sendiri. Dan setiap malam aku tidur nyenyak.  Dan untuk rekod.. aku  tak simpan nombor mamat “entah siapa” tu dalam hp. Hanya pada mesej saja. Dan mesej tu pun aku dah delete sebab tak mo hp semak dengan mesej entah apa-apa.

Dan ditakdirkan 2 minggu selepas itu, tetiba aku dapat mesej “Dah tido ke?” . Aku cukup pantang kalau orang aku tak kenal antar mesej pelik-pelik malam-malam semasa aku baru nak berangan bila nak tidor. Aku tanya siapa tapi dia jawap “Jom bas stand” then aku duduk atas katil menung. Selalunya orang yang ajak g bas stand ni member-member SMTP je. Bas stand tu memang jadi port la kalau nak jumpa bila balik kampung. Terus aku dail no telefon tu (ini memang kebiasaan sebab aku malas nak dolak-dalik dalam mesej tanya siapa-siapa-siapa berulang kali) he he

Dan di talian sana aku dengar suara yang unfamiliar. Memang tak pernah dengar. Ni mamat mana lak nih? Kemudian mamat tu jawap yang dengan Sani hari tu. Ooooooo..! panjang aku jawap. Dan disitulah bermula dari kawan-kawan. Nak kenal sebab masing-masing ada anak. Berkongsi cerita apa nak dibuat bila anak begini-begitu.

Dan kisah tu hanya bermula bila dia demam.  Dan seperti biasa pe-el aku bila kawan2 demam ialah ‘concern’ dah makan ubat ke belum. Kecuali kawan aku tieny memang aku tak tanya dah makan ubat ke belum. Sebab Si tieny ni allergik segala jenis ubat kecuali panadol. Ha ha kejam kan aku jadi kawan? Tak apa.. Tieny tahu hati aku. Ha ha ha… Okey, kembali pada cerita asal. Aku cuma concern bila dia demam berulang-ulang pada waktu malam. Suh la pi cek darah. Tukar ubat lain mungkin tak sesuai bila asyik pening je. Pada aku itu sikap biasa aku pada kawan-kawan. Pada kawan-kawan yang kenal aku pasti depa tau aku memang macam tu. Kemudian satu hari dia anta gambar dan tanya aku “Ko suka tak budak demam ni? tapi aku tak janji apa-apa”….

Korang agak aku jawap apa? Sebab dia tanya ‘suka’ kan.. maka sila refer perenggan awal entry ini apa definasi suka pada aku.. ha… selang beberapa minit juga baru aku jawap.. “Aku suka je berkawan dengan ko ni..” Okey faham kan… kawan.. tapi bermula daripada tak janji apa-apa itulah maka cerita itu berkembang. Dan mamat “entah siapa” tu sangat suka gunakan perkataan One day. Manalah tahu one day nanti Allah temukan, kita mana tahu. Rasanya itulah ayat pertama dia yang ada perkataan one day. Dan susuli dari itulah selalu gunakan perkataan one day.

Kami berdua tak pernah ajak kawin. Serius. Tak pernah. Cuma bermula bila dia tanya “Hantaran ko mahal tak?” ha ha … adoi soalan sadis…. aku cuma cakap.. “Pi la tanya pak ali dan mak idah” Dan sejak itu, segalanya hanyalah “hint” tak cakap betul-betul. Tak cakap pun.. Jom la kawin… tak ada direct mcam tu. Cuma dia akan cakap “Nantilah raya datang umah, Nak gak kenal-kenal pak ali ngan mak idah. Kan saudara sesama islam” ok… kalau korang la dia cakap macam tu, mcm tak ada expectation apa-apa kan.. ha macam tu la…  Sampai satu hari dia tanya, suh cek nak isi borang nikah kawin kena amik kat kaunter ke atau isi online. Masa tu la baru tahu, dah kena isi online. Tak pakai borang macam zaman aku dulu-dulu.

Kitaorang pun bukak. Belek2. Dia suruh isi. Aku isi. Tapi tak isi pun nama pasangan. Ha ha.. sebab ENCR ni selagi kita tak submit maka ia akan kekal sebagai data dan boleh di edit semula.  Jadi dari saja-saja isi borang ENCR (Electronic Nikah Cerai Ruju’) tu lah kitaorang pergi jumpa ibu bapa masing-masing. Keluarga masing-masing setuju dan 1 november adalah hari penetapan tarikh dan bertunang yang simple sangat. Tak ada mini pelamin. Tak ada kawan-kawan. Cuma sedara mara. Buat Meehon goreng. Sarung cincin itupun tepi sofa atas lantai. Sila bayangkan.. simple je. tak yah pening-pening.

Dan detik-detik sebulan 19 hari tu.. kita orang jumpa sekali je sebab nak pergi interview kat pejabat agama. Ha ha ha.. lepas tu jumpa balik 3 hari sebelum nikah. Itupun nak amik barang hantaran.

He he.. begitulah ceritanya bagaimana ia bermula hanya dengan One Day…… Sekian..!

Begini…

Dah lama x rasa resah begini. Dah lama x buat perangai “kejap-kejap tengok hp”

Hah… x begitu suka rasa begini. Rasa susah nak bernafas hatta mau tidur pun resah

Ya aku tau.. bukan hari-hari kita deman

Bukan hari- hari kita jatuh cinta

Bukan hari-hari kita jatuh longkang

Aku tau tu. Tapi yg sesekali inilah terasa sakitnya…

Adoi….

Lamanya

20140502_112647

He he.. Sempena hari pekerja tapi tak la pada 1 MEI.. kita anjakkan sikit pada 2 MEI 2014 berdasarkan rancangan satu-satunya adik perempuan aku maka kami sekeluarga ke Wonderland Melaka dengan menggunakan tiket buy 1 free 1…

Gambar abah aku tak ada.. dia tak mo ikut. Maka aku mak dan adik beradik lain lengkap ada turun sekali. Naik 3 kereta. Hamik ko.. macam rombongan kawin lak. Kami mengangkut kawan2 yang mau ikut.

Pergh.. aje.. aku bukannya nak mandi sangat jadi aku kena cari kawan untuk anak aku berendam. Aku pinjam 2 orang anak kawan aku buat teman. Bukan main seronok. Aku sejak akhir-akhir ini kurang berani nak mencuba permainan mintak nyawa nih. Tapi adik perempuan aku memang excited giler. Dia memang suka pergi -tempat-tempat yang ada permainan kalau selepas menjerit memang hilang suara. Dia ngan abang ipar aku, akak aku serta anak dia pergi naik ke atas untuk permainan yang lebih adventure. Tapi aku setia stay kat kawasan untuk anak-anak. Setakat air paras betis aku kan.. ok la… ha ha

20140502_125904

See.. kanak-kanak berdiri pun paras bawah pinggang inikan pulak aku yang berat memang melebih had kan.. tapi aku ok. Aku buat tak tau. Even gelongsor budak2 pun aku naik. ha ha kekdah muka tak malu. Naik tak la takut sangat tapi nak bagi budak2 seronok aku jerit macam nak terkeluar anak tekak. Supaya budak2 ni capa “Owh.. aku lebih hebat dari auntie nih la…” ha ha.. nasib la UUL dapat mak macam gini gaya. Masa ko kecik je ibu buat perangai gini. Bila ko dah besar idak le.. bukan sebab ibu malu.. tapi ibu takut UUL yang malu. ha ha ha!

Kesimpulannya.. my lovely doter.. sangat gembira. Sangat seronok. Tapi bagi ibu dia pula, ‘sun burn’ bukanlah effect yang diharapkan. Duk satu hari sun burn macam apa… tapi nak ilangkan mak aih.. aku rasa aku pakai fair and lovely pun abis satu botol pun belum tentu aku putih balik la…

Tak per la nak.. untuk UUL ibu rela ibu nampak itam… tak per.. tak per… maka aku cuti sebulan dari panggil anak aku “Anak MUMBAI” sebab aku pun lebih kurang sama je warna kulitnya sekarang.

p/s : Tetiap hari duk belek cermin. Putihlah… putihlah.. macam mak tiri dalam citer snow white…!

LAMA TAK JUMPA..

Well masa aku sangat gumbira menulis blog satu ketika dulu aku suka sangat jumpa blogger yang selalunya aku duk baca kat depan pc aku.. sometimes rasa “wah..bestnya dia…” and then bila jumpa ayat aku “oooo… dia ni macam ni rupanya…” atau pun “dia ni serupa sangat macam dalam blog”

See?? interesting kan?

Tapi sekian lamanya aku berhenti dari aktiviti itu semenjak jarang-jarang-jarang sangat update blog ini. Bukan..bukan nak berhenti dari bercerita tapi ada ketika tak tahu nak mulakan dari mana dan apa yang aku nak tulis adalah sama dengan apa yang hati aku sampaikan kat otak aku..

Last Saturday hari tu aku jumpa Buzzy… ok dia ni aku kenal through blog juga.. single so banyak cerita tentang diri dia berbanding cter macam orang yang dah ada keluarga asyik duk citer pasal anak. he he.. sebab masa bujang, kita update blog untuk rekod diri kita dulu bagaimana..once ada anak kita rekod untuk kita ingat apa anak kita buat masa kecik-kecik-kecik supaya esok-esok-esok bila aku ada cucu aku boleh bukak ini blog untuk remind perangai cucu kita duk ikut perangai saper… ha! aje haru dapat mak mcm aku..

So last aku jumpa Buzzy pada Mei 2009 masa lawatan ke USM..dan setelah beberapa tahun baru Buzzy buat kunjung balas ke Muar..tapi aku duk bawak dia pusing Tanjung Emas je.. dan seperti biasa mulut aku duk macam bertih jagung ni kan..asyik la nak bercakap… Adeh..pas ni aku nak tukar kerjaya jadi pemandu pelancong sajerk…

And Buzzy… masih macam dulu..mcam naik mesin masa je jumpa dak Buzzy ni..duk gitu juga tak berubah-ubah… he he.. and thank you so much for the visit… 

Untuk rekod he he  

MOOD

Datang kerja tapi tak ada mood. Bertambah pula dengan air-cond yang sejuk melampau. Maka kelopak mata memang dah tak boleh nak ditolong lagi.

Ikutkan hati esok jugak aku nak cuti. Tak mo datang kerja lagi. Duk umah.. esok Uul last sekolah sebelum bermula cuti aidilfitri. Lagilaaaaaaaaa aku tak mo keje..

Aish.. mata kejap-kejap tengok jam. Rasa nak panjat je pi pusing jarum jam ke nombor 5. Punyalah cepat nak petang.. Aje ke lorat ko ni Serindit..!

Ya Allah.. Kuatkan la semangat aku untuk terus duduk di kerusi yang tak berapa nak empuk ini tapi sudah cukup “Alhamduilliah” …

Jangan Sedih sayang.. Ibu kan Ada…

Ini gambar lama… Aku rindu masa Uul umurnya begini.. She never understand.. and she don’t even care what happen around her..!

Last night.. menyedarkan aku yang si kecil ini pun boleh terluka dan kecewa.

Daripada sebelum raya lagi, abahnya berjanji nak bawanya beli baju raya. Berkali-kali. Dan awal minggu nih, dia bookig hari semalam untuk bawa Uul membeli belah baju raya dan kelengkapan lain. Dari pagi Uul cakap dia nak beli jam. Sebab dia tengok jam kawan sebelah dia setiap kali sudah tiba waktu mahu pulang.

Dan dari pagi, dia duduk dirumah. Enggan ikut aku ke pasar sekali pun. Memula aku tak ambil pusing. Lagi senang ke pasar seorang dari bawak dia dan menyelit di celah-celah orang ramai dan juga hanyir ikan.

Dan masa berlalu, dari tidur sudah bangun, dari lapar sudah makan dan dari masam sudang wangi bila mandi. Tiba-tiba kecil ini bertanya

“Ibu..abah datang bila?”

“Entahlah.. ibu pun tak tahu, tunggu abah telefon la.. boleh?”

Dan kecil itu sedia menunggu. Sehingga tiba waktu berbuka, dia tak mahu makan. Sebab dia kata nak makan kek ngan abah. Dan seusai aku makan, aku ambil telefon bimbit dan mula menghantar mesej. Bertanya jadi atau tidak, dan tak sampai beberapa saat dia membalas dengan hanya satu huruf “X”

BOLEH???

Bila aku cakap kat Uul abah tak jadi datang, dia tanya kenapa? Dan dia telefon sendiri. Kemudian diberinya pada aku setelah bertanya berbagai soalan pada abahnya. Bila aku tanya, abah dia Cuma jawap, terlupa! Sadis.

Aku boleh terima kalau dia cakap dia belum ada duit, tapi bertindaklah atas keprihatinan. Hantarlah, atau telefon lah awal pagi agar anak ini tidak mengharap. Dan aku boleh bawanya sendiri sekiranya di maklumkan lebih awal. Ini tidak, dah malam baru beritahu itu pun sebab aku bertanyakan dulu. Kalau tak sampai keesokkan harinya la anak aku masih menunggu.

Dan si kecil itu terus berdiam diri. Sehingga tiba waktu tidur, aku tanya dia, Uul ni kenapa? Uul sedih ke?

Dia geleng kepala.. Dia Cuma cakap..

“Uul marah abah..penat Uul tunggu dari pagi tapi abah tak datang pun…!”

Ouch! Ayat si kecil ini betul-betul melukakan hati aku, sebab aku tahu dia sudah tahu apa itu kecewa.. dan dunia ini mula melukakan sikecil aku nih…

Its hurt! Seriously…

 

* rasanya ini first time aku update cerita pasal bapak Uul dalam blog ini…