Semalam jam 8.00 malam langit cerah.
Bintang-bintang berkelip-kelip. Lama aku tak pandang langit di waktu malam rupanya. Baru tersedar. Malam-malam hanya duduk dalam rumah. Pandang lampu kalimantang sahaja. Kalau keluar pun, hanya duduk dalam kereta pandang kelip-kelip lampu kereta.
Dari jam 8.00 malam menanti tapi jam 9.20 baru nampak kesan gerhana.
Gambar Kredit : Zikri Husaini
Menganga aku tengok. Duk bersusun dengan mak dan U-ul. U-ul tanya aku kenapa bulan jadi macam tu. Aku terangkan secara saintifik mengikut pemahaman pemikiran aku yang cetek. Dan tiba-tiba teringat cerita kepercayaan masyarakat cina. Kalau gerhana menurut katanya ada naga menelan bulan. Manusia di bumi perlu membuat bising contohnya membakar mercun bagi menghalau naga dari terus menelan bulan.
Kemudian aku bercerita pada U-ul dan apa yang U-ul tanya menyebabkan aku rasa macam ala-ala taubat nak bercerita perkara macam nih…
Dia boleh tanya aku “Ibu naga tu aper??”
Ok aku macam nak terangkan yang naga tu macam cicak yang besar… ada tanduk..boleh kuarkan api..lagi.. apa ek… bukan aku pernah jumpa pun… naga tu kan binatang mitos ajer… tak per tunggu U-ul dah besar sikit..aku bagi dia tengok citer Naga Tasik Chini…
Tepat ja 10.05 minit gerhana bulan penuh. Tak ada lagi bulan di langit.. nampak bayang-bayang sahaja. Tapi langit masih sangat cerah. Bintang masih berkelip-kelip. Aku pandang macam tak pernah tengok langit malam sebelum ini. Tiba-tiba rasa macam nak kembali bercinta semula..
Itu pun jika ada yang sudi….

