Dia baru 5 tahun

Permata hati – Ya

Kekasih hati -Ya

Penghibur hati- Ya

Dia segala-galanya – Ya

Dia sangat menghiburkan. TETAPI..

ada ketika dia sangat-sangat-sangat menguji kesabaran. Selalunya HAMPIR-HAMPIR-HAMPIR membuat jantung aku serasa ingin meletup.

Loud speaker jangan cakap lah.. memang kalau boleh on 24 jam dah lama aku on. Ada ketika aku selalu tertanya sendiri, salah aku kah???

Salah aku kah kalau berkali-kali aku tanya dia nak kencing ke tidak dan dia cakap tidak.. tapi tak sampai seminit dia dah meloncat-loncat sambil pegang seluar kata nak kencing… kalau seluar senang nak buka ada maafnya tapi kalau seluar berzip bagai, mau separuh nyawa la aku menjerit.. dan time tu dia dah berlari ke bilik air tak menyempat-nyempat.

Salah aku kah kalau aku panggil dia buat-buat-buat tak dengar padahal apa yang aku nak bagi tau tu penting??

Salah aku kah kalau aku suruh dia mandi macam orang giler dia tak mau mandi tapi bila aku dah amik kunci keter nak keluar dia dah macam orang giler melalak nak ikut???

Adeh.. anak satu anugerah tak ternilai.. dia umpama satu kelas sepanjang hidup. Aku terpaksa belajar untuk terus menjadi ibu yang mana aku perlu menjadi insan terlebih dahulu. Dalam aku hidup dengan dia aku mula belajar menyalahkan diri aku sendiri kali ini dengan skala yang lebih besar berbanding aku hidup sendiri dahulu.  dan sering tertanya-tanya di mana salah dah silap aku dalam mendidik dia.

Bila tengok anak orang lain.. mendengar kata, aku sangat teringin dia jadi begitu.

Tengok anak orang lain .. makan tak kemam, dan tidak berangan, makan dengan khusyuk aku teringin dia pun begitu..

Tetapi, aku juga mula belajar menerima dia seadanya. Apa yang kurang aku mula belajar bersama dia untuk memperbaikinya.  Aku tau aku tak sempurna dan mana mungkin aku dapat ‘melahirkan’ anak yang sangat sempurna dari segala segi tetapi aku sudah mula memahami, cukuplah dia sempurna di mata aku.

Dan cukuplah dia menyempurna setiap pagi dan malam ku dengan ucapan “U-ul sayang sangat Ibu”

Dan menambah warna ceria dengan ciuman dan pelukannya..

Aku perlu belajar.. ia memerlukan lebih dari 1 untuk jadi sempurna.. mungkin memerlukan 2 atau tiga kan??

sebab ada SATU sahaja yang paling sempurna di dunia ini…dan itu pasti bukan kita manusia biasa…

InsyaAllah…. U-ul tetap dihati kemana pun ibu pergi…

Advertisement

About serindit rimba

Umur dah tua.. Hati pun dah semakin tua... Tapi banyak nak bercerita...

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s