3 hari aku berkampung kat Desaru. Huh! Aku nak mandi laut tapi tak berkesempatan nak ke Tg Balau atau pun Bt Layar.
Wah..rindunya nak mandi laut.
Laut musim tengkujuh ni amat lah bergelora. Ombak tinggi. Dari jauh pun boleh dengar bunyi ombak. Aku tak berani nak dekat. Nak pergi kat gigi air pun aku takut. Takut ombak besar macam tsunami. Aku ni dah le rendah pendek. Sekali ombak datang, aku ni dah jadi macam semut gamaknya.
Bila bendera merah dinaikkan sepanjang pantai maksudnya, dilarang mandi atau pun menjalankan aktiviti di dalam laut seperti surfing atau apa saja. Segala kemalangan yang berlaku akibat daripada melanggar amaran bendera merah tu adalah tanggungan sendiri yer. Jadi aku amik gambar pun dari jauh je. Dalam hati ni melonjak-lonjak nak terjun tiruk.
Satu lagi tape merah di tepi pantai. Mungkin untuk memastikan private beach tidak di cerobohi oleh pengunjung luar.
Pokok Rhu ini yang memberi nama kepada Desaru. Banyak giler pokok Rhu kat sini. Besar-besar dan tinggi. Bila angin kuat, dia macam menghasilkan satu jenis bunyi yang agak nyaring. Tak tau la orang lain, telinga aku macam gitulah aku gambarkan bunyinya.
Gambar ini diambil awal pagi. Masa tu laut belum begitu bergelora. Macam tenang saja kan. Aku dulu masa duk kota pernah tidur tepi pantai tanpa ada alas atau pun khemah. Pasang unggun api je. Pukul 3 pagi dah balik dah.. sebab tak tahan kena gigit unggas. Masa tu ngan member la… ha…ha ha..time kepala giler. Korang jangan ikut. Time tu orang jahat tak banyak macam hari nih…!
Next entry aku citer pasal resort dia eh!!!

Posted by buzzybug on November 13, 2009 at 4:57 am
bahaya kak mandi pantai time camni. nanti lemas. huhu…
Posted by serindit rimba on November 20, 2009 at 8:13 am
Buzzy,
langsung tak bagi semangat akak nak terjun tiruk tau!
Posted by teja on November 13, 2009 at 12:53 pm
coco
setappp tu telur…terliur aku..cantik la tpt ni..so peacefulll…
Posted by serindit rimba on November 20, 2009 at 8:12 am
Sedap??
Ko datang muar aku leh buatkan..ha ha ha