Desaru

6 Ogos… aku bertolak ke Desaru.

Hu hu .. kat sini banyak kenangan pahit beb! Serius punya pahit.

Tapi hidup kena teruskan… Kat Desaru ni, tak ada tempat untuk mandi manda. Pantai dia bahaya untuk orang yang tidak pandai berenang walau pun si SYILA sudah pun berangan untuk mandi-manda. Aku bantai gelakkan dia…

Dalam perjalanan kitaorang berhenti di Hentian Pagoh. Oh.. di situ jangan nak berangan makan mee jawa. Tak sedap. Mak aku dah terkena hari tu. Jadi aku pilih untuk makna lontong saja.

Aku rasa sejak tempat kerja aku ni pindah dari Taman Tasik Utama dah lama giler aku tak makan lontong. Dulu rajin jugak makan kat nur RIdzuan tu sampai kena saman parking aku dibuatnya.

 

Tapi member aku kat sebelah makan mehun sup. Macam sedap jer.. tapi aku suka mangkuk sup tu. Sebab ada logo Plus. Dulu aku ada kawan suka rembat pinggan mangkuk Pizza Hut. Kat rumah dia semua pinggan dan mangkuk Pizza Hut wal hal dia bukannya memasak pun!

 

Ini deretan makanan yang membuat aku confius. Oh.. aku selalu keliru bila tiba bab makan!

 

Aku suka tempat nih!

NI kalau U-ul Nampak ni harus dia nak memancing ikan!

Aku teringin nak jalan kat atas batu-batu nih. Tapi aku takut aku kena halau lak nanti!

 

Ok.. Desaru here I come..

 

Nota : dalam hati aku, meloncat-loncat nak balik siot.. aku tak mau pergi kursus nih!

6 Responses to this post.

  1. eleh,sesekali pegi amik angin apa salahnya…ko ni..aku suka berjalan,ko plak suka memerap je ek..

    Reply

  2. Posted by serinditrimba on November 11, 2009 at 5:38 am

    Aku suka berjalan.. tapi bukan pergi kursus. Kalau pergi kursus aku akan ada agenda memonteng dan pergi berjalan2 suka2 hati. … he he he he…

    Reply

  3. Posted by anipah on November 20, 2009 at 12:16 am

    hehe…dalam tak suka nak g kursus ..mcm nampak suka jer..dgn aktiviti makan2 n tengok tempat best dgn kawan. ok la tu zana. kalau tak g kursus tak dapat la merasai pengalaman g tempat2 yg kt tak jangka dapat pergi sendiri. bl bab zana nak mencuba jalan2 kat batu2 yg ada ikan tu…automatik gelak, teringat ada kawan tu terjerumus kat tepi parit di sebuah kg bernama kg pt yaan. hahahhaha.

    Reply

    • Posted by serindit rimba on November 20, 2009 at 8:11 am

      Cis…! citer 10 tahun lepas pun boleh ingat lagi ke???

      Kak kat situ aku dah sampai banyak kali kak masa bujang dulu la…. he he he….tapi aku pergi kursus tu jugak… semangat kesetiakawanan punya pasal tau!

      Reply

  4. Posted by anipah on November 20, 2009 at 12:18 am

    beb…wa nak tanya la…lu bertolak 6 ogos or 6 nov? rasa cam tak betul jer tarikh tu..

    Reply

Respond to this post