Ini adalah entry tetap di blog ini. Entry baru di bawah ye kawan-kawan…!

Ini adalah entry tetap di blog ini. Entry baru di bawah ye kawan-kawan…!

Jumpa sy di serinditrimba7.blogspot.com

feel like crying..
x percaya pun ada. anak aku dah masuk prasekolah. dah besar dah dia..
anak excited tapi ibu dia rasa nak menangis…
- bersiaran dari perkarangan Sek. Ren. Keb. Temiang, Muar
Dia baru 5 tahun
Permata hati – Ya
Kekasih hati -Ya
Penghibur hati- Ya
Dia segala-galanya – Ya
Dia sangat menghiburkan. TETAPI..
ada ketika dia sangat-sangat-sangat menguji kesabaran. Selalunya HAMPIR-HAMPIR-HAMPIR membuat jantung aku serasa ingin meletup.
Loud speaker jangan cakap lah.. memang kalau boleh on 24 jam dah lama aku on. Ada ketika aku selalu tertanya sendiri, salah aku kah???
Salah aku kah kalau berkali-kali aku tanya dia nak kencing ke tidak dan dia cakap tidak.. tapi tak sampai seminit dia dah meloncat-loncat sambil pegang seluar kata nak kencing… kalau seluar senang nak buka ada maafnya tapi kalau seluar berzip bagai, mau separuh nyawa la aku menjerit.. dan time tu dia dah berlari ke bilik air tak menyempat-nyempat.
Salah aku kah kalau aku panggil dia buat-buat-buat tak dengar padahal apa yang aku nak bagi tau tu penting??
Salah aku kah kalau aku suruh dia mandi macam orang giler dia tak mau mandi tapi bila aku dah amik kunci keter nak keluar dia dah macam orang giler melalak nak ikut???
Adeh.. anak satu anugerah tak ternilai.. dia umpama satu kelas sepanjang hidup. Aku terpaksa belajar untuk terus menjadi ibu yang mana aku perlu menjadi insan terlebih dahulu. Dalam aku hidup dengan dia aku mula belajar menyalahkan diri aku sendiri kali ini dengan skala yang lebih besar berbanding aku hidup sendiri dahulu. dan sering tertanya-tanya di mana salah dah silap aku dalam mendidik dia.
Bila tengok anak orang lain.. mendengar kata, aku sangat teringin dia jadi begitu.
Tengok anak orang lain .. makan tak kemam, dan tidak berangan, makan dengan khusyuk aku teringin dia pun begitu..
Tetapi, aku juga mula belajar menerima dia seadanya. Apa yang kurang aku mula belajar bersama dia untuk memperbaikinya. Aku tau aku tak sempurna dan mana mungkin aku dapat ‘melahirkan’ anak yang sangat sempurna dari segala segi tetapi aku sudah mula memahami, cukuplah dia sempurna di mata aku.
Dan cukuplah dia menyempurna setiap pagi dan malam ku dengan ucapan “U-ul sayang sangat Ibu”
Dan menambah warna ceria dengan ciuman dan pelukannya..
Aku perlu belajar.. ia memerlukan lebih dari 1 untuk jadi sempurna.. mungkin memerlukan 2 atau tiga kan??
sebab ada SATU sahaja yang paling sempurna di dunia ini…dan itu pasti bukan kita manusia biasa…
InsyaAllah…. U-ul tetap dihati kemana pun ibu pergi…
Semalam jam 8.00 malam langit cerah.
Bintang-bintang berkelip-kelip. Lama aku tak pandang langit di waktu malam rupanya. Baru tersedar. Malam-malam hanya duduk dalam rumah. Pandang lampu kalimantang sahaja. Kalau keluar pun, hanya duduk dalam kereta pandang kelip-kelip lampu kereta.
Dari jam 8.00 malam menanti tapi jam 9.20 baru nampak kesan gerhana.
Gambar Kredit : Zikri Husaini
Menganga aku tengok. Duk bersusun dengan mak dan U-ul. U-ul tanya aku kenapa bulan jadi macam tu. Aku terangkan secara saintifik mengikut pemahaman pemikiran aku yang cetek. Dan tiba-tiba teringat cerita kepercayaan masyarakat cina. Kalau gerhana menurut katanya ada naga menelan bulan. Manusia di bumi perlu membuat bising contohnya membakar mercun bagi menghalau naga dari terus menelan bulan.
Kemudian aku bercerita pada U-ul dan apa yang U-ul tanya menyebabkan aku rasa macam ala-ala taubat nak bercerita perkara macam nih…
Dia boleh tanya aku “Ibu naga tu aper??”
Ok aku macam nak terangkan yang naga tu macam cicak yang besar… ada tanduk..boleh kuarkan api..lagi.. apa ek… bukan aku pernah jumpa pun… naga tu kan binatang mitos ajer… tak per tunggu U-ul dah besar sikit..aku bagi dia tengok citer Naga Tasik Chini…
Tepat ja 10.05 minit gerhana bulan penuh. Tak ada lagi bulan di langit.. nampak bayang-bayang sahaja. Tapi langit masih sangat cerah. Bintang masih berkelip-kelip. Aku pandang macam tak pernah tengok langit malam sebelum ini. Tiba-tiba rasa macam nak kembali bercinta semula..
Itu pun jika ada yang sudi….
Status di Facebook aku hari ini
Kenangan tu tetiba je muncul dalam kotak pemikiran aku.
Kisahnya, itu mamat bos aku di cawangan lama. Dia putus cinta lebih lewat dari aku putus cinta. Kira aku putus cinta dengan chentahati aku yang ini memang serius rasa macam nak mati jugak la.. ha ha .. agak jiwang karat juga la masa tu. Kalau ingat bali..tak mo la patah balik time nih..sakit woo..rasa sanggup patah balik time bercintan cintun dulu kala.
Ini mamat selepas beberapa bulan atau pun hamper setahun putus cinta aku le tempat dia mengadu. Walaaaaa…. Aku dulu rapat dengan dia..sampai awek dia agak-agak jeles tenuk jugak dengan aku rupanya. Time tu kepala otak wa tak rasa nak suka pun kat bos aku yang satu ni. Sebab .. he is my bos.. tak ada istilah falling ke..crush ker.. hapa pun tak ada..
Rapat dengan dia sebab balik kampong sama-sama sebab satu jalan. Makan malam sama-sama.. makan tengahari sama-sama..even kat headquarters ada orang dah cop dahi aku “tak boleh kacau sebab aku sudah ada orang yang punya” dan aku tak tau saper punya mulut yang buat fitnah sampai macam tu sekali la kan.. ha ha..bajet macam ramai peminat jerk kan…?
Tu la..satu hari jam 2.30 pagi dia telefon.. aku mamai-mamai bangun angkat tepon. Time tu aku pakai Motorola keter kebal setelah hp nokia comel versi pertama yang boleh tukar-tukar cover kaler-kaler. Bajet kalau pakai baju merah harus kena tukar cover merah. Pakai baju kuning kena tukar cover kuning. Time moda remaja jiwa memang tak tetap..gitula jadinyer… hp nak ikut warna baju..tapi kasut dan beg tangan aku hentam keromo jerk!
Inilah hp yang boleh tukar2 cover..time tu paling kecik tapi agak berat la..so boleh tau kalau tertinggal hp bagai ha ha ha
Ok sambung balik..time dia tepon tu aku pakai Motorola keter kebal kan..korang tau kenapa dia dapat nama tu selain dari nama sebenar MOTOROLA MicroTAC? Nama je micro dik… tapi saiz dia boleh buat baling anjing. Bentuk macam keter kebal sungguh…
Hp ni boleh flip flip la.. bajet macam best la kan…
Tapi aku rasa aku boleh faham kenapa nama dia MicroTAC sebab versi sebelum dia adalah versi hp botol air macam gini…
Ha… hp nih..korang tergamak ke nak pakai??? Time ni.. saper yang ada sangatlah bangga untuk dibawa kehulu dan kehilir… sebab zaman tu sangat sedikit (termasuk dalam kategori jarang-jarang) orang yang mampu pakai hp. Zaman sekarang ni sangat jarang-jarang orang yang tak ada hp kan???
Masa tu hp keter kebal aku tu berkelip-kelip dengan nada tone bunyi macam ambulan tengah amik pesakit. Aku bangun aku angkat. Mata pisat-pisat. Benda pertama yang aku dengar ialah ..
“Serindit.. kalau saya ajak awak kawin ngan saya awak nak tak???”
Ok time tu aku mamai ok.. kalau time aku sedar segar bugar mau aku ternganga tak terkata apa-apa. Dalam idup aku dia orang kedua yang ajak aku kawin. Dan orang yang pertama yang aku mau idup sehidup semati tapi kuchiwa akhirnya…
Jadi dalam mamai-mamai tu aku jawap tak mo sambil ada ayat tambahan ingat dia lepas isap ganja.. ha ha… pastu aku letak tepon.
Esok pagi aku bangun aku termenung. Kenapa aku cakap macam tu.. kenapa aku tak cakap yang aku akan pikirkan dulu ke.. atau pun nanti bincang ngan mak bapak ke..ini aku terus tolak. Ha.. kalau korang la kan..korang hangen tak???
Cuma sekarang ni aku baru terpikir yang berapa lama masa dia amik untuk propose aku macam tu sampai jam 2.30 sanggup tak tido lagi. Aku dulu tak terpikir berapa banyak yang perlu dibuat untuk mengumpul kekuatan seperti itu. Untuk bersedia untuk di ‘reject’ awal-awal. Huh..sadis betul aku time tu..
Tapi u know what.. dia yang menambah warna dalam idup aku… tak semua orang yang dapat pengalaman macam aku yang tiba-tiba orang ajak kawin.. orang yang ajak kawin tu pulak ada pakej yang agak lengkap pulak tu…
Tapi itulah..dah tersurat… tapi kita kena paham apa yang tersirat sebenarnya……